Friday, January 12, 2018

Perlu Atau Tidak Kita Share Goal Kita?



Ada jenis pendapat mengenai membuat matlamat dan mencapai matlamat yang kita buat:

1- Dengan memberitahu orang sekeliling mengenai matlamat korang kerana bila orang lain tahu, kita akan lebih rasa bertanggungjawab untuk menghabiskannya. Rasa tanggungjawab tu sesuatu yang besar, tu pasal orang employ Personal Trainer dan juga Diet Coach.

2- Yang kedua pulak kata tak perlu beritahu orang kerana mungkin akan memakan diri. Ini disebab kan oleh satu kondisi yang mungkin korang akan rasa iaitu premature sense of completeness, atau dalam ertikata lain, kita akan rasa puas dengan hanya memberitahu matlamat kita, padahal kita tak buat pun lagi apa yang kita setkan untuk buat. Kepuasan bukanlah satu rasa yang kita nak SEBELUM kita buat goal kita.

Kedua dua pendapat ini adalah betul, sebab ianya bergantung kepada personaliti individu tersebut.

Sekarang ni ada experiment yang baru baru ini dilakukan yang mengatakan yang pendapat yang pertama - sharing your goal- boleh berjaya dalam mencapai apa saja matlamat korang, tapi ada sikit kelainan. Apa dia? Menggunakan Komuniti Online.

The Study

Dalam satu study yang dikeluarkan dalam Journal Of Interactive Marketing melihat hubungan antara fat loss dan juga peranan komuniti online. Para pengkaji mendapati, " individu yang memberitahu matlamatnya untuk lose weight di komuniti virtual (online) adalah lebih berjaya mencapai matlamatnya".

Jadi, instead of memberitahu ahli keluarga dan kawan kawan, orang didalam group studies tersebut akan memberitahu matlamat mereka online seperti FB group, Instagram dan lain lain. Study ini mengambil masa 4 tahun.

 Mereka bukan hanya melaporkan kejayaan mereka melalui gambar sebelum dan selepas, dan juga gambar progress, tetapi mereka juga menceritakan kesusahan mereka menghadapi cabaran cabaran untuk merealisasikan matlamat mereka. Jadi dengan itu, motivasi diri meraka meningkat, juga rasa tanggungjawab mereka terhadap matlamat mereka itu juga meningkat.


Apa Maksudnya Kepada Korang?

Kalau korang nak lose weight, gain muscle, nak buat PR baru, korang akan rasa lebih motivated dengan orang orang di komuniti online yang berfikiran sama dengan korang. Sharekan kejayaan dan juga kegagalan dalam group virtual korang untuk lebih rasa motivated.

Dan mungkin, kita janganlah terlalu rasa pissed off the lifter lifter yang buat selfie di gym sebab hey who knows, dia mencari motivasi diri dan memastikan dia mencapai matlamatnya.

Let me take a selfie...jangan marah...



Tuesday, January 9, 2018

Kesilapan Yang MASIH Dibuat Oleh Perempuan Di Gym



Apabila kita lihat di sekitar gym, paling ketara adalah gym komersial, tak ramai perempuan yang ada di kawasan freeweight. Kalau ada pun, samada dengan trainer, temankan boyfriend/suami, atau pun dengan muka jobo tak pandang orang.

Tapi kalau di treadmill, basikal, stepmaster atau pun kelas, ramai gila diaorang ni. Bila tanya apa goal diaorang, perkara yang banyak terlintas di mulut: untuk kurus, hilangkan lemak bawah lengan, hilangkan lemak di perut, nak naikkan punggung.

Bila naik treadmill, basikal ataupun kelas tak berjaya memenuhi kehendak mereka, terus malas dan berhenti.

Trainer pun kadang kadang tak membantu. Terlalu ikut sangat client, sampai buat exercise yang tak membantu langsung perubahan badan. Atau pun trainer trainer ni akan introduce exercise dengan menggunakan balance yang banyak macam BOSU balance trainer, fitball.

BOSU squat


Bukan nak kata BOSU atau pun lain lain instability platform tu tak bagus, tapi bukanlah untuk setiap hari. Setaip kali training. Ia digunakan untuk atlet dan juga untuk rehab. Itu pun bukannya setiap kalitraining akan menggunakan method tu.

Jadi kenapa jadi macam tu?


Takut nampak macam lelaki.

Memang sejak dulu lagi, mitos mengenai heavy weight training akan membuatkan perempuan nampak seperti lelaki, atau pun macam bodybuilder perempuan.

mitos perempuan percaya bahawa kalau diaorang training free weight akan jadi macam ni


Tak kiralah genetik diaorang ni berbeza, dan juga tak gunakan drugs seperti mana perempuan yang berbadan sasa tu ambik. Jadi mitos ni memang susah dipadamkan sebab sekarang ni banyak fitness model di internet 'menjual' diri mereka di social media. Jadi bagi perempaun yang mahukan fitness akan tidak mahu buat weights, takut untuk menjadi seperti bodybuilder wanita atau pun fitness athlete.


Tak mahu dengar nasihat trainer/coach

Selalunya aku tak ada masalah dengan client client perempuan yang baru sebab selalunya diaorang ni akan cuba semua exercise yang di ajarkan. Tetapi ada juga client yang sudah sebati dengan exercise yang dia buat sebelum mengambil PT, jadi kalau exercise tu membuatkan dia letih atau sakit, dia akan complaint. Jadi bila berhadapan dengan client client ni, trainer kenalah tegas dan berikan tunjuk ajar yang sepatut.


Suka buat apa yang mereka rasa target untuk wanita.

 Pernah tengokkan di gym gym, mesin abductor/adductor? Mesin ni adalah secara spesifiknya dibuat untuk wanita. Jadi instead of squat, mereka akan buat mesin ni untuk inner/outer thigh.

Samalah macam mesin trunk twist, mereka akan duduk dan pusing pusing, untuk obliques diaorang, padahal boleh buat dengan abs crunches dan side crunches.

adductor/abductor machine


Pakai trainer yang kurang mahir dalam training perempuan

Selalunya bila aku tengok trainer trainer ni, terutamanya trainer lelaki, bila client lelaki, diaorang ni akan buat training yang effektive seperti bench press, squat, pullups dan sebagainya. Tapi bila client perempuan, routine nya bertukar: 10 minit cardio (nothing wrong it that), mula buat stretching (ok), lepas tu terus buat lunges, sumo squat (sebab lebih senang nak ajar), knee push ups, dan abs. Untuk variety, akan pakai fitball, ataupun BOSU ball, medicine ball untuk buat semua tu. Dan abs. Lots and lots of abs.


weight training exercise yang paling effektive, untuk lelaki dan wanita adalah dengan mengangkat bebanan yang secara relatifnya berat untuk jarak yang jauh, within the bound of safety.

Contohnya seperti barbell squat. Banyak strength coach yang mengatakan ianya king of exercise. Dan ada juga menganggap deadlift juga king of exercise, tapi kedua duanya adalah penting. Untuk upperbody pula, dips dan pullups juga dikatakan sebagai upperbody squat.

Jadi apa kesamaan yang didapati dalam keempat empat exercise tersebut? Semuanya membolehkan kita mengangkat bebanan yang berat dalam jarak yang jauh. Dan juga kesemuanya menggunakan banyak muscle.

Aku jarang melihat wanita wanita yang training di freeweights di gym gym. Jadi hopefully lepas ni akan lebih banyak wanita akan training lebih effektif lagi.